Cerpen balasan Chamil Wariya: Hikayat Datuk C

Berikut adalah sebuah karya fiksyen yang berasaskan cerpen hasil Datuk Chamil Wariya yang bertajuk “Politik Baru YB J.” Ia merupakaan ciptaan sastera semata-mata yang tidak berhasrat menyinggung mana-mana pihak.

Datuk Chariya Wamil di dalam perjalanan ke sebuah acara makan malam. Beliau dipandu oleh pemandunya, Ali, dan akan menjemput YB L, seorang politikus pembangkang, untuk pergi sekereta.

Ali, yang baru mula bekerja dengan Datuk C, menyuarakan: “Wah, tok, semua orang bincangkan cerpen tok sekarang.”

“Itu matlamatnya Ali, itu matlamatnya..” jawab Datuk C, memandang ke luar tingkap, melihat rumah-rumah dan lampu jalan berlalu.

“Tok tak takut ke, orang marah ke, nak bertindakbalas ke apa?”

“Takut tindakbalas? Untunglah kita, jika ada tindakbalas,” Datuk C memandang balik ke Ali.

“Huh? Macam mana tok?”

Datuk C senyum.

“Ali, Ali.. tak baca ke, cerpen tu? Ingat tak cerita peralihan kuasa dari Tunku ke Razak? Kita ni dalam krisis, dan kita perlukan pencetus.”

“Pencetus? Nak cetus apa tok?”

Datuk C senyum sendiri lagi.

“Takle apa-apa… tapi kita harus ingat, sudah berdekad-dekad kami berkuasa, atas prinsip kontrak sosial. Kontrak itu tak boleh dipertikaikan. Kalau dipertikai, hancur kita semua.”

“Tak kan POM hancur begitu senang tok?” (POM adalah Parti Orang Melayu).

“Jangan kata POM Ali, bila cakap, istilah betul adalah ‘Orang Melayu’ – orang Melayu yang akan hancur jika berlaku pertikaian terbuka seperti yang berleluasa sekarang.”

“Ya.. betul tok…. tapi, kawan-kawan saya selalu cakap Parti Kesaksamaan Rakyat dan Parti Orang Islam tu semua dipimpin orang Melayu jugak kan tok?”

Datuk C memandangkan Ali seakan-akan Ali seorang budak 5 tahun.

“Ali, ko harus faham betul-betul. Ko cakap sama kawan-kawanmu, orang Melayu hanya ada satu wakil sahaja, Parti Orang Melayu. Itu yang ada dulu, yang ada kini dan akan ada selamanya. Itu saja yang tulen. Jika mereka tanya lagi, ingatkan mereka, Semangat 64 lenyap, Parti Rakyat orang komunis, PKR itu Parti Ibrahim Anwar pembelot bangsa terunggul, dan Parti Orang Islam itu parti Taliban.”

“Tok…. tok percaya ke semua tu?”

“Kisah apa, apa aku percaya?! Ko nak terus cukup makan tak?”

“Err.. ya.. ya tok, mau.”

“Habis tu, belajar betul-betul. Jika orang ramai mula belajar yang bukan-bukan, POM akan bankrap, saya akan bankrap, ko akan bankrap.”

“Err.. ya tok.”

“Ajaran pertama: semua orang bukan Melayu hanya pendatang. Cina sudah habis songlap wang ko, dan jika jumpa ular dengan India, pukul ular dulu. Pendatang ni semua ingin cuba curi hak dan maruah ko.”

“Ya tok….”

Rasa keliru dan tidak senang timbul di muka Ali. Akhirnya dia bersuara, “Tapi tok… bukan semua kan? Jiran saya yang Cina tu…. ok orangnya tok..”

“Ko nak kisahkan jiran ko yang makan babi tu, atau ko nak kisahkan anak isteri ko yang akan lapar bila saya terpaksa pecat ko kerana sudah tak mampu bayar gaji ko?”

“Err…”

“Baik, ajaran kedua. Maksud sebenar Politik Baru yang ditonjol-tonjolkan pembangkang yang ingin ‘meratakan’ rakyat Malaysia adalah dengan menarik ke bawah kedudukan politik dan hak-hak tulen orang Melayu.”

“Maksudnya bumiputera tok?”

“Guna istilah ‘orang Melayu.’ POM merupakan satu-satu institusi yang boleh menjamin kedudukan orang Melayu serta kesejahteraan antara kaum. Terdapat ‘majoriti senyap’ dari semua kaum yang menyokong kontrak sosial yang asal ini demi mempertahankan harmoni di Malaysia.”

“Ya tok, faham… Tok, siapa sebenarnya yang menjadi inspirasi untuk penembak dalam cerita tok tu? Saya tak sedar tok ni peka sangat dengan sentimen masyarakat Cina – saya jarang nampak tok bergaul dengan mereka pun..”

“Ali, ko tak nampak, bukan maksudnya tak ada.”

“Ya, tok.”

“Ko ingat diorang nak bergaul sangat dengan saya? Orang Cina yang kaya raya dan sombong mana nak turun kepada orang Melayu miskin-miskin macam kita ni?

“Ya tok….”

Ali teringat sesuatu.

“Oh ya tok, sebelum saya lupa tok, besok malam ke majlis POM di Mandarin Oriental tu nak pakai BM ke Merc tok?”

“Hmm? Oh ya… Merc, Merc..”

“Baik tok..”

Fikiran Datuk C terbang balik ke masalah dalaman yang dihadapi POM. Kenapa agaknya susah sangat nak guna balik strategi dulu – masalah dalaman, hantam orang luar, masalah hilang.

Mungkin keadaan belum cukup parah lagi. Mungkin api belum membara.

“Ali, ko jangan lupa bagi tau kawan-kawan ko di kedai kopi tu. Kita semakin terancam, semakin ramai yang nak ambil kesempatan ke atas PO… eh, orang Melayu ni.”

“Err.. ya tok…. tapi….”

“Tapi apa lagi? Masih nak pertahankan jiran ko?… Ya, mungkin ok orangnya jugak… Penembak dalam cerpen tu bukan hasil karyaan bermimpi. Beratus ribu bukan Melayu yang sanggup mengorban dan mengambil langkah drastik untuk mengelakkan perkara drastik yang tak senonoh.”

“Ya tok…”

Ali keliru lagi.

“Sori tok, gimana – langkah drastik yang mana senonoh, dan langkah drastik yang mana tak senonoh tu?”

“Apa-apa gerakan pembangkang tu tak senonoh. Tak payah putar belit banyak-banyak.”

“Ya tok…”

Ali memandu dengan senyap buat seketika, Datuk C memandang balik ke luar.

“Tok, yang jadi inspirasi untuk YB J tu sebenarnya YB Cecilia kan? Baru hari tu aku bersalam dengannya. Betul jugak tok, ada masa Ali rasa YB Cecilia itu tak beberapa sensitif, tak peka kepada rasa orang Melayu… Tapi.. mesra juga, orangnya.. Macam ada keikhlasan jugak… Tak sangka sebenarnya dalam hati dia benci orang Melayu tok.”

Datuk C tersenyum lagi.

“Bagus, sekarang dah sedar. Orang Cina dalam Parti Orang Cina tu kita boleh terima lagi. Tapi jangan naif. Orang POC memang terbukti benci Melayu, saya pernah dengar dengan telinga sendiri sindiran-sindiran yang kita ni ‘binatang,’ ‘bodoh,’ macam-macam diorang mencarut. Tapi kita tak perlu kisah apa yang diorang cakap antara sendiri. Yang penting, bila bersuara kepada orang ramai, mereka selalu cakap yang betul dan senonoh.

“Mereka benci kita… tetapi… tak pe tok?”

“Jangan hiraukan yang di hati. Tengok yang di mulut.”

Ali terfikir.

“Dengan pembangkang yang tok kenal sendiri macam mana tok? Benci Melayu juga?”

“Mana saya tau??” Di sini, Datuk C mula naik angin sedikit. “Nak hiraukan apa dalam hati pembangkang buat pe? Nak dengar lama-lama apa diorang cakap lagi? Dah lupa isteri anak ko yang perlu diberi makan tu? Sanggup risikokan masa depan mereka?? Ko jangan biar pembangkang biadap tu melangkah seinci pun!”

“Oh.. ya, tok.”

“Biarlah, mereka nak bertindakbalas apa. Nak sebat aku di internet, atau belasah aku di jalan raya. Jika setitis darahku jatuh ke tanah, POM akan memerintah selamanya.”

“Ya tok.. Memang isteri saya pun cakap, sikit menggeramkan tok, cerita tembak menembak ni.. Macam budaya baru, tok.”

Datuk C semakin ghairah dengan hujahnya.

“Ko perlu baca betul-betul – bukan Melayu yang menembak dalam cerita tu, tetapi orang Cina sama sendiri. Penembak itu wira, sanggup mengorbankan diri untuk kesejahteraan negara. Jika isteri ko ni mudah takut, ko kena tegas. Ajarin dia, lebih baik YB J ditembak dari isteri ko sendiri ditembak pendatang, atau dibiar lapar kerana duit semua sudah dicuri.”

“Oh… Err.. ya, tok….”

Syak-syak wasangka timbul di fikiran Datuk C.

“Nampak macam tak yakin saja Ali?”

“Bukan tok, hanya…. isteri saya juga memang rapat dengan isteri jiran..”

“Rapat, rapat apa?! Ko semua sanggup menggadai maruah Melayu kepada PKR, POI ini yang dalangnya semua tauke asing kerana rapat? Sanggup gadai periuk nasi sendiri tak pe, nak gadaikan saya punya pulak juga?!”

“Oh, tak tok.. tak…”

“Hmph.”

Datuk C diam dan bergeram.

“Ah, situ dia, si L. Ali, ko jangan ulang perkara-perkara ni ke YB L, ini bukan untuk telinga pembangkang.”

“Baik tok.”

Pintu dibuka, YB L masuk membawa sebuah beg dan memberi salam.

“Apa khabar?” tanya YB L dengan mesra.

Datuk C tak jawab, hanya melihat muka YB L dengan senyuman yang menyindir.     YB L senyum balik sahaja, dan bertanya kepada Ali, “Ali, lama tak jumpa, semua ok?”

Ali, yang menikmati keadaan yang lebih tenang dengan ketibaan rakan karibnya dari dulu menjawab “Ok saja YB, terima kasih..”

Datuk C kelihatan hilang sabar sedikit, dan menanya YB L dengan terburu-buru, “Jadi, bila korang nak saman saya nih?”

YB L keliru sekejap, justeru menjawab, “Saman?… Oh, mengenai cerpen tu? Oh takdelah, setiap sumbangan ke sastera Malaysia sentiasa dihargai.” YB L bersenyum.

“YB Cecilia dah saman akhbar tu habis-habisan, tak mungkin saya tak akan kena pulak”

“Yang dia sudah buat itu hak dan suka hati dialah. Tapi sejak berbual dengannya pagi tadi, saya hairan, dia nampaknya semakin kurang marah atau berdendam. Ada orang kata dia dah mula timbangkan menarik balik saman atau merendahkan wang dituntut ke RM 1, ke apa.”

Mata Datuk C membesar. “Huh? Tak mungkin! Saya kenal dia, membara hatinya, dan selalu melengking atas mana-mana perkara kecil!”

“Haha, yalah tu dulu, tapi nampaknya manusia mampu berubah..”

Bila Datuk C kelihatan ternganga sedikit, YB L tanya kepada Ali pula, “Ali, isteri dengan anak gimana?”

“Ok YB, yang sulung tu baru habis UPSR, sekarang tunggu keputusan.”

“Aheh, mesti gelisah tunggu ni.. tapi saya ingat Siti tu, budak cerdik, pasti cemerlang keputusannya nanti.”

“Heh, takdela, tapi insyallah YB, insyallah.”

Datuk C, yang seakan-akan tidak dengar langsung perbualan antara YB L dan Ali tanya lagi, “Jadi, bila nak anjurkan protes anti-Perutusan Melayu ni,” merujuk kepada akhbar yang menerbitkan cerpen tersebut.

“Untuk apa tok? Kita gunala saja media sendiri, mesej sendiri. Nak maki-memaki pun tiada hasil.”
Datuk C ketawa. “Ala, macam tu mengaku sajalah, cerpen saya tu tepat! Politik Baru ini tiada yang baru, dan tiada yang menerima. Di depan bunyinya ‘Malaysia untuk semua,’ di belakang masih sama, masih memperjuangkan kaum sendiri sahaja.”

YB L tersenyum, “Terpulanglah tok, interpretasi sendiri. Jika saya, yang menjadi penentu adalah undi sahaja.”

Datuk C berhenti ketawa dan dengan wajah yang serious memberi amaran dan menonjolkan jarinya, “Jangan kelirukan undi protes dengan undi sanggup gadaikan maruah Melayu.”

“Maruah Melayu dah lama tergadai tok.” Datuk C nampak seakan-akan baru ditampar. “Tergadai oleh rasuah dan penyelewangan,” sambung YB L.

Datuk C menenangkan diri. “Lagu sama saja yang korang nyanyi, tiada yang baru ke?”

“Lagu mana yang masih relevan, terpaksalah kita terus nyanyi.”

“Jangan buat macam korang akan berbeza, jika memerintah tak mungkin tak ambik sini, ambik sana. Dan si Ibrahim tu, ingat dia malaikat ke apa?”

“Tak perlu jadi malaikat – asalkan lebih baik dari yang ada, haha. Jangan ambik hati tok. Dan terus terang, belum taulah, jika rakan-rakan perjuangan saya hari ini akan rasuah besok. Yang saya tau ni pemimpin hari ini merompak di siang hari. Apa lagi, jika kami menjadi kerajaan dan saya dok merompak duit rakyat besok, pasti dimarah Ali nanti!”

Ali tersenyum tetapi enggan bersuara. Apabila dipandang marah oleh Datuk C, Ali lenyapkan senyumnya dan kembali bermuka serius.

YB L tidak senang dengan sikap Datuk C kepada Ali. YB menukar subjek, “Tapi tok, tok ni memang berani.”

Datuk C gembira, seperti selalu, apabila dipuji. Tetapi, apabila beliau melihat wajah YB L yang tiba-tiba berhenti senyum, dan melihat ke luar, melalui tingkap kiri dan kanan, munculnya perasaan bahawa ada yang tak kena.

“Ada juga mereka yang mungkin amat marah dengan tok” kata YB L dengan serius dan perlahan.
Ali pusing masuk lorong gelap – sempit, tanpa orang, dan bukannya jalan biasa ke destinasi.

Datuk C bermula berasa resah dengan tingkah laku pelik YB L. Beliau cuba mengawal diri dan fokuskan fikirannya. “Ha, patutlah. Orang yang bersalah selalu marah-marah apabila didedahkan.”

“Ya, ada jugak yang menyarankan tindakbalas, atau nak ‘mengajar’ tok, kata-mengata nak biar dia terasa ubat sendiri.”

Apa maksud si L ni?! Kenapa dia tiba-tiba berubah perangai? tanya Datuk C pada dirinya.

Tanpa apa-apa lagi kata, YB L mengangkat begnya.

Beg dibuka.

Benda dicari-cari dalam beg.

Muka Datuk C pucat.

Di sinikah riwayatku akan berakhir? Ditembak di lorong tanpa saksi? Badan dibuang ke tong sampah?

Datuk C teringat kepada Tuhan.

Ketakutan tak terhingga berbuah di dada.

YB L keluarkan tangannya dari beg.

“Tapi mesyuarat semalam, seorang kata begitu, sepuluh orang suruh dia diam,” sambung YB L dari perbualan tadi sambil bersenyum. “Lebih baik benci dijawab dengan cinta kata sepuluh orang tu.

“Oh Ali, ini untuk isteri Ali” kata YB L dengan sebotol ubat di tangan, “Hari itu Pn. Chong, jiran Ali tu beritahu saya isteri Ali masih lebam kaki. Selalu berkesan untuk saya, ubat cap cinta ni.”

29 comments to Cerpen balasan Chamil Wariya: Hikayat Datuk C

  • ada unsur2 plagiat. tak menarik. sorry

  • Devan

    Is this Datuk Chamil formerly with TV 3?????
    His name suggests that he too is a “PENDATANG”

  • kwmark

    A true Malaysian Cerpen of the year for Unity!!!

    Datuk C and the terrorist doctor…please learn from Ali the driver.

    Truly Malaysian!!!

  • sape2

    ni adelah cerita paling bodoh penah aku baca..nak kutuk pon agak2 la..xpyh smpai nak bodohkan diri ngn parti ko..aku ni atas pagar tp bile org parti PR cam ko lyn cerpen dgn cara membalas ngn cerpen picisan nih,aku rs mmg smpai bile2 lah korg cmni..asyik cari salah org je..ko tu dh cukup sifat ke?dh cukup ke budi kat negara asyik nak jatuhkan org lain je..ke asyik cari makan utk anak bini pastu beli harta..ni bkn caranye nak sedarkan org…sori aku terlalu kecewa ngn cara tulisan ni semata2 nak balas cerpen chamil wariya tuh..sori again

    nat: tak payah sori pun boss, semua balasan diterima baik.. :)

  • dunnoalso

    Nat
    i am a 50 yrs+ malay….the morale of the cerpen…is one of the values that i strive for. Allah is great.

  • Min

    Great piece of cerpen. Keep up the good work.

    Thanks for posting. ;)

  • Balas

    Dear Nat,

    Good response, keep up man……….just wondering why
    Utusan has never been given a show cause letter for its acticles by our Ass hole 1/2 Kojak. Bas…d of the PRU12.

  • Nat, while i appreciate what you have done, i constantly ask myself, why bother reading the rubbish over at utusan? I read only a few lines of the original cerpen and i knew it was going to be rubbish anyway.

    Having said that, the above piece is good nonetheless. take care.

    nat: thanks bro… wasn’t so much a matter of taking it seriously, as it was an opportunity to respond in kind to a meshing of sastera dan politik…. :) salam raya again!

  • Nat, Bless you!

    I do not need to read all, except the ending and I hope I have gotten the gist of the whole cerpen. Repay with love.

    Can I share with you Matthew 13:14 ?

    “Mereka akan mendengar
    dan mendengar,
    tetapi tidak faham;
    mereka akan melihat dan melihat
    tetapi tidak nampak. (Matius 13:14)

  • sambung cerita..saya pun ada fren namanya dato CW kawan saya di bandar utama ..suka sangat dengan betina2 ..maka kalo nak naik gaji ,naik pangkat..mereka masuk bilik CW ..ke ke ke .. duduk atas meja …maka naik lah gaji , naik lah pangkat…ada seorang sudah naik pelamin lol..begitu lah kuat ubat tongkat ali kawan saya …muka nya tak macam muka manusia tapi …dia terror bukan terrorist- pasal betina ,,,sekarang kawan saya entah di mana … dengar khabar dia ada kerja part time jadi orang suruhan …. atau di utuskan ke mana mana …

  • Bravos! The last sentences say it all. But the story must be read in whole on the part of Ali. Rakyat Malaysia in general are simple and moderate like Ali, and that’s what we see in our day-to-day life. It is the racialist UMNO politicians that have disturbed the tranquility of Malaysian society, way too often! Sigh… all for their own self gain in politics.

  • thom

    Love the ending! Great job! ;)

  • Well done! I was hoping someone would respond with a cerpen ‘balas’. Chamil Wariya’s cerpen, I only read the first few lines and gave up because I had to run to the toilet to vomit. :)
    This one I read the whole way though. I certainly would like to read more cerpens like this. How about one on “Hikayat Datuk Seri N.”

  • Joe Rakyat

    If the people remain afraid and silent, then those in power will continue to do what they like. Beware, forces at work to create another May 13, it’s too obvious. The mode of operation is also too similar to be a coincidence, we all know who’s behind the current racial polarisation.

    REJECT RACIST POLITICIANS, REJECT MAHATHIRISM, REJECT ISA, BOYCOTT UTUSAN MALAYSIA.

    DEMAND FOR THE RETURN OF INDEPENDENCE TO THE MALAYSIAN EXECUTIVE, LEGISLATURE, JUDICIARY & MEDIA. JR

  • fivepoints

    Dear Nat, excellent article which pretty much sums up th state of affairs in our country these days, The rakyat are living harmoniously with each other, eating together, reaching out to each other and even taking care of each other. FACT!

    But our stupid govt and / or its apologists seem intent on letting troublemakers off the hooks while arresting those who legitimately oppose these troublemakers.

    This is the sign of a desperate administration and does not bode well for the country, especially when there is a financial tsunami lurking around the corner.

    Who is running the country?

  • malayamuda

    wonder if they will appreaciate the work of this sasterawan the same way they appreciated the work of the one in kUtusan Melayu.

    or will they shout

    JANGAN CABAR KAMI
    JANGAN HINA KAMI
    HAK ISTIMEWA KAMI

  • JP

    Anwar (as listed top blogs-blogger in Malaysiakini) was so depressed recently until he almost commited to criminal sedition by intentionally or unintentionally posted a seditious open letter.

    The pro-Anwar letter which claimed NOT written by Anwar but intentionally published in Anwar’s blog Sept 28, 2008 sounded induce his supporters (or fanatics) to commit any “wracking” action against a writer named K. Baradan who had written negatively about Anwar Ibrahim!

    The open letter titled [Who Is Baradan Kuppusamy?] which had been published by Anwar’s at http://anwaribrahimblog.com/2008/09/28/who-is-baradan-kuppusamy/ on the Sept 28, 2008 BUT as on today what I’ve read in Anwar’s blog, it’d been “dikeluarkan” (ejected).

    This was Anwar’s echoing of this sedition incident,
    (posted in his blog today) at http://anwaribrahimblog.com/2008/10/05/entri-baradan-kuppusamy/
    ———————————–
    05
    Oct
    08
    Entri Baradan Kuppusamy
    By Anwar Ibrahim
    Satelah membaca teliti surat pembaca mengenai wartawan Baradan Kuppusamy, saya dapati bahasa yang digunakan terlalu keras. Maka surat tersebut telah dikeluarkan dari blog.
    ANWAR IBRAHIM
    —————————————–
    { Translated here :

    Satelah (no found in dictionary, close matching – Setelah means) After read deeply the reader’s letter about a journalist name Baradan Kuppusamy, I’ve found that the language been used was too strong. Hence the letter had been “ejected” from blog.
    ANWAR IBRAHIM } Why I said Anwar was so depressed? Look how short (or syiok) he wrote!

    Now only he found that the word was too strong, that’s means before published anything he NEVER checked carefully or intentionally got one-eye-blind OR intentionally with his agenda to “Xill with other hand” ?

    I’m totally would NOT believed on his motion to “ejected” the letter (some more he said ejected only; NOT erased) due to the words (or language) used was too strong; but this motion is more sounded as a reminder like a second notice to his induced supporters to “wrack” his foe !

    And his motion of ejecting the open letter from his blog means what ?
    It’s unacceptable ! [ Damage is done ! ]

    Who asked you to serviced the guy ?

    No.. No ..no article in the blog there to induce you !?
    You will be charged by one more panel code : “cheating” !!”

    See how cunning you threw stone then you hide your hands !

    I’m wondering why you are so depressed now ? NO ?

    I’m highly aim to be PM, don’t “kacau” me!
    (as rocky’s bru- another top blogs of Malaysiakini also critised his motion)People are wondering here what’s your actual motive in publishing the OPEN LETTER which is so desperately in searching the information (include telephone) of somebody who wrote negatively about you ?!Which the letter sounded very like to induce your fanatics or supporters to assault your foe !!

  • As usual I’ll put my support behind any form of writing protected under the freedom of expression.

    Both Chamil Wariya and this one, though the former left a bad taste in my mouth, is definitely worth protecting.

  • CK

    Ini bukan CERPEN… Ini CERPAN

    CERPEN = CERITA PENDEK

    CERPAN = CERITA PANJANG.

    nat: lol, tak salah saya, lebih kurang sama nombor perkataan seperti karya dtk chamil. nanti mungkin akan double check.. :)

  • TYKo

    Excellent! Nat, excellent!!

  • juslo

    this is a little tame. u should RUB his own medicine at his FACE. here’s my tribute to a great work of ‘sastera tanahair’…

    “Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua mereka – DATUK C dan anak muda yang berpakaian kemas itu, sudah tidak lagi bernyawa.

    Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.

    Ia berbunyi: DATUK C adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.”

    Politik baru Datuk Chamil Wariya
    http://juslo.blogspot.com/2008/10/politik-baru-yb-chamil-wariya.html

    nat: ah, but my friend, that’s *exactly* the story i *didn’t* believe needed writing. my point is the exact opposite. no eye for an eye.

  • lee wee tak

    this cerpen is better than the original, the law suit and sex add up together.

    had a mental orgasm reading it

    sorry about talking / writing dirty because it is pile of s@#% we have to sort out

  • Dalam beku hati berkata
    Chamil Wariya terlalu bahaya
    Cerpennya pembawa bahana
    Akibat nafsunya macam betina

    Jangan dianggap itu karya seni
    Hendak berkarya bukan cara begini
    Maruah kau macam sampah kini
    Ibarat jantan tidak tahu jaga bini

    Celaka kau Chamil Wariya
    Persundalkan seni wajah karya
    Kerna kau kejar untuk jadi kaya
    Kau guna pena musnahkan budaya

    Kalau sudah bangsat dengan idea
    Berhenti menulis, minum tea halia
    Buang angin dibadan yang ada
    Sedarlah diri kau yang sudah tua

    Kau tidak malu kepada anak bangsa?
    Bercerpen sastera macam puaka
    Sekiranya engkau tidak binasa
    Hidup engkau bakal penuh celaka

    Aku benci kerna kau pembawa malapetaka
    Kerana mengampu kau sanggup menderhaka
    Harapanku negara selamat tapi kau yang binasa

    http://kerajaanrakyat.com/

  • http://1957mas.blogspot.com/

    this cw is a cyber-trooper of the POM rejime…
    also note on a dog queen poem written by another trooper….
    http://teresakok.com/2008/10/17/puisi-ratu-anjing-yang-melengking-itu/

  • Hi Nat …nice ,very nice and informative indeed. Coincidently uploaded TIAN CHUA’S file pix on my blog …maybe you wanna have a look.
    cheers man and keep up the good work.

    http://jedi-knightstemplar.blogspot.com/

  • [...] Anyway, most of my thoughts on the matter are in my amateur cerpen response. [...]

  • ARIFFIN JAAFAR

    Kenapa perlu takut dgn bayang-bayang sendiri , ini baru certa belum lagi yg betul . Kalau takut bermain ombak jagan berumah ditepi pantai.
    Kalau tidak suka M’sia pergi ke cina, lagi bagus. Org melayu jangan dicabar nanti hanya parang saja yg nampak orgnya tidak nampak.
    Ini baru cerita belun lagi yg sebenar. Jgn jadi org bodoh suka main belakang.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Give Vui Kong a 2nd Chance Please

Help resist the clampdown on the truth!